Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika seorang hamba Allah bermaksiat kepadaNya, itulah pertanda Allah menurunkan amarahNya. Hati yang mati tidak merasakan apa-apa, bahkan sentuhan taat dan derita maksiat tidak membuatnya gelisah. Sebagaimana yang dirasakan oleh mayit, tak ada rasa hidup atau rasa mati. Rasulullah saw, bersabda, “Orang yang beriman adalah orang yangdigembirakan oleh kebajikannya, dan dideritakan oleh kemaksiatannya.”
Dari Hassan Basri yang bermaksud: "Sesungguhnya kerosakkan hati adalah berpunca dari enam perkara : 1. Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat. 2. Mereka menuntut ilmu, tetapi tidak mahu mengamalkannya. 3. Apabila beramal, mereka tidak ikhlas. 4. Mereka memakan rezeki dari allah, tetapi tidak mahu bersyukur. 5. Mereka tidak redha dengan pemberian Allah. 6. Mereka mengkebumikan orang-orang yang mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar."
“Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan
sesungguhnya seorang mu’min itu juga cemburu.
Dan kecemburuan Allah itu akan timbul bila
seorang hamba melakukan apa yang diharamkan
kepadanya.”.
( HR. Bukhori dan muslim ).
Seseorang akan terus melakukan perbuatan dosa dan maksiat, sehingga ia akan menganggap remeh dosa tersebut. Kalau sudah demikian maka akan datang kehancuran, sebab dosa yang dianggap remeh adalah besar di sisi Allah Ta’ala. Ibnu Mas'ud radliyallahu anhu berkata, "Sesungguhnya seorang mukmin tatkala melihat dosanya seakan-akan ia berada di pinggir gunung yang ia takut gunung itu akan menimpa dirinya. Dan sesungguhnya seorang yang fajir tatkala melihat dosanya, seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya lalu membiarkannya terbang." (HR. Bukhari)
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "
Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).
“
No comments:
Post a Comment