Tuesday, July 1, 2008

Kenapa kita masih mengerjakan ma’siat?? (3)

Faktor ke 2 masih mengerjakan maksiat ialah..

" Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan dan ubatnya bahawa berfikir ia bhawasnya jika doktor yg kafir menyebut baginya akan air sejuk pantang bagi penyakitnya dan boleh memberi mudharat oleh air sejuk itu akan dia nescaya meninggalkan ia akan air sejuk itu, sekalipun bersangatan ingin ia kepadanya. maka hendaklah mengetahui ia akan bahawasanya Allah taala dan RasulNya lebih benar dari doktor itu. Dan siksa api neraka lebih pedih daripada mudharat kesakitan yang disebabkan air sejuk itu. Dan menetapkan ia dalam hatinya akan bahawasanya apabila sukar atasnya meninggalkan kesedapan dan keinginan pada masa yang sedikit, maka betapa tiada sukar atasnya menanggung siksa api neraka dan atas luputnya nikmat syurga?"

Musannif membawa analogi, bagi urusan dunia contohnya sakit kita sanggup berpantang dengan meninggalkan keni'matan makan minum dsbg bagi mengelakkan penyakit yang bakal diterima dan kita amat yakin dengan doktor yang merawat kita sedangkan urusan akhirat kita tidak yakin dengan pesanan Rasulullah agar meninggalkan perkara maksiat yang mana kita akan mendapatkan implikasi yang teramat berat, iaitu siksaan api neraka..

Firman Allah "dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. surah infithar 14-19..

dalam ayat lain " Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai. lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya, mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah, sebagai pambalasan yang setimpal." surah Naba' 21-26.

Oleh itu marilah kita meninggalkan kesedapan yang sementara ini (maksiat), Moga kita terlepas dari siksaan api neraka dan dikurniakan Allah nikmat syurga... Amin

No comments:

SANTAI...