Monday, June 16, 2008

Kenapa kita masih mengerjakan ma’siat?? (1)


Ingatan pada diri yang lupa...


Firman Allah...

"Belum datangkah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik (Qs 57: 16).


Sedar x sedar.. hari demi hari manusia semakin jauh daripada jalan yang sebenar.. Tak kurang jgk yg menjerumuskan diri mereka ke dalam kebinasaan.. Tidak dapat tidak hanya dgn iman yang teguh dapat mengekalkan kita di jalanNya... pun begitu disebabkan byknya godaan syaitan.. ditambah pula keadaan masyarkat skrg menyebabkan ramai yg gagal dengan ujian Allah.. Syaitan sentiasa mencari jalan agar kita terpedaya.. Antara helahnya untuk menipu manusia.. “Alah.. kau masih muda lg.. kalau kau matipun, lama2 akan masuk syurga jgk sbb kau orang Islam”.. Bahkan ada pula terdengar golongan yang berani mempermainkan hari pembalasan.. "Kalu semua masuk syurga..siapa nak masuk neraka".. Astghfirullah... Mrk lupa perjalanan akhirat yang dashyat bg org2 yg berdosa.. kalau terkena api di dunia, walau seminit pun tak mampu..inikan pula hari akhirat dibakar dgn api neraka hingga beribu2 tahun lamanya...

Seharusnya kita perlu menginsafi keadaan kita sekarang dengan banyak bermuhasabah dan bertaubat kepadanya.. Namun persoalannya adakah kita benar2 telah bertaubat.. iaitu taubat nasuha yakni yg dpt memberi peringatn kpd kita seterusnya mengelakkan daripada kemaksiatan.. Di sini saya berkongsi petikan Kitab Penawar bg Hati karangan Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al Indunesia al Mandili.. Bahagian pada menyatakan israr yakni tetap mengerjakan ma’siat...Mg penerangan ini dapat memberi manfaat kepada kita...dan mematahkan helah2 daripada syaitan laknatullah dan juga nafsu ammarah yg sentiasa mengajak ke arah kejahatan... Sama2 la kita hayatinya mutiara2 yang bernilai dgn pandangan mata basirah...

“ Dan ketahui olehmu bahawasanaya yang menegahkan daripada taubat itu israr ertinya tetap mengerjakan maksiat. Dan adalah sebab bg israr itu ada lima perkara:

  1. bahawasanya siksa yang dijanjikan itu bertangguh...
  2. Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan...
  3. Menangguh ia taubat sehari lepas sehari…
  4. Bahawa menjanji ia akan dirinya dengan kemurahan Allah…”

To be continued…

No comments:

SANTAI...