Wednesday, June 25, 2008

MENJAGA PANDANGAN MATA ADALAH KEBAHAGIAN


Ibn al-Qayyim al- Jaujiyyah menyebutkan bahawa antara manfaat menjaga pandangan mata adalah menjadikan hati sentiasa bahagia dan gembira melebihi kenikmatan dan kebahagiaan yang diperoleh penglihatan itu sendiri. Ini kerana seseorang mampu menakluki syaitan dengan melawan kehendak diri dan kehendak hawa nafsunya.


Jika seseorang mampu menahan kelazatan penglihatan dan memenjarakan syawatnya hanya kerana ALLAH yang di situ merupakan letaknya kebahagiaan nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan, nescaya ALLAH akan menggantikannya dengan kebahagiaan dan kenikmatan yang lebih sempurna. Perlu diketahui bahawa kenikmatan sifat iffah ( pengekangan hawa nafsu ) melebihi kenikmatan dosa.

-copy internet-

No comments:

SANTAI...