Monday, June 16, 2008

Kenapa kita masih mengerjakan ma’siat?? (2)

1. Bahawasanya siksa yang dijanjikan itu bertangguh dan tabiat manusia itu bermudah2 ia dgn brg yg tiada tunai maka ubatnya bahawa berfikir dia supaya mengetahui bagi tiap2 barang yang akan datang itu hampir ia. Dan yang jauh itu barang yang tiada datang seperti yang telah lalu. Dan bahawasanya mati itu lebih hampir ia kepada seorang drp tali sepatunya. Dan tiada mengetahui ia adakah hari ini akhir umurnya, seperti kerja di sawah kerana takut ketiadaan makanan pada tahun hadapan. Maka seperti menanggung ia akan penat bekerja kerana hendak melepaskan lapar tahun di muka seperti itu menyegerakan ia akan taubat kerana melepaskan siksa pada masa akan datang. Kerana lapar itu bertangguh juga, dan siska api neraka lebih pedih dari lapar itu.

Penulis mengatakan faktor pertama kita tetap melakukan ma'siat adalah sbb kita merasakan bahwa azab neraka adalah masih lambat.. Untuk mengelakkan perkara itu.. penulis mengajurkan akan mengingati mati kerana mati itu adalah tersangat hampir dengan kita.. penulis juga mengambil analogi.. Untuk urusan dunia kita akan berkerja bersungguh2 untuk menjamin kebahagian di masa mendatang.. Apatah lagi akhirat yang merupakan destinasi terakhir kita.. Maka kita perlu berusaha bersungguh2 didunia ini bagi menjamin kesenangan di akhirat... Ingatlah dunia adalah persinggahan... "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal." sural al a'la 17

No comments:

SANTAI...