Monday, June 2, 2008

Nasihat Imam Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Mawa’iz

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

“..Wahai anak-anak Adam, Aku hairan dengan orang yang yakin akan kematian, tetapi bagaimana mereka masih boleh bergembira..”
“..Aku hairan dengan orang yang percaya adanya hari perhitungan tetapi ia masih leka mengumpul harta..”
“..Aku hairan dengan orang yang yakin akan alam kubur, akan tetapi bagaimana mereka masih ketawa..”
“..Aku hairan dengan orang yang yakin tentang hari akhirat, bagaimana mereka masih lagi leka..”
“..Aku hairan dengan orang yang yakin tentang dunia ini akan musnah, akan tetapi ia tetap tenang di atasnya..”
“.Aku hairan kepada orang yang alim lidahnya, tetapi jahil tentang hatinya..”
“..Aku hairan orang yang membersih dengan air, tetapi ia tidak membersih dengan hatinya..”
“..Aku hairan dengan orang yang suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain, sedangkan ia lupa akan keburukan dirinya..”
“..atau orang yang tahu bahawa Allah akan membongkar segala maksiat yang ia lakukan, atau orang yang tahu ia akan mati keseorangan dan bersendirian di dalam kubur dan akan dihisab keseorangan, bagaimana ia masih boleh bersuka ria bersama manusia lainnya..”
“ Tidak ada tuhan selain Aku dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba-Ku dan Rasul-Ku..”

No comments:

SANTAI...